Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hadiah misteri menanti penderma darah Ahad ini  
  • WILAYAH

Hadiah misteri menanti penderma darah Ahad ini  

Utusan Sarawak 8 months ago
GAMBAR FAIL… Pengerusi Pertubuhan Pemiliharaan Hayat Sarikei, Wong Ching Ngie (tengah) bergambar bersama yang lain. 

SARIKEI: Pendermaan secara berterusan adalah perlu untuk memastikan simpanan stok semasa tabung darah di hospital mencukupi.

Ia juga meringankan beban pesakit yang memerlukan pemindahan darah pada tempoh kecemasan.

Sehubungan itu, Pengerusi Pertubuhan Pemiliharaan Hayat Sarikei, Wong Ching Ngie berharap semua ahli persatuan dan masyarakat mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti menderma darah. 

Katanya ketika dihubungi media sebentar tadi, bagi yang pernah menderma darah lebih dari tempoh tiga bulan atau tidak pernah terlibat tetapi ingin mengambil bahagian secara aktif, perlu membawa buku rekod derma darah atau kad pengenalan pada hari aktiviti tersebut.

Kempen derma darah dan organ anjuran Pertubuhan Pemiliharaan Hayat Sarikei dengan kerjasama Persatuan Kwong Wai Siew Sarikei dan Persatuan Klan Ying-Yong Cheng Sarikei pada Ahad ini, jelasnya, terbuka kepada individu berusia 18 hingga 60 tahun.

Katanya lagi, kempen bermula 8.00 pagi hingga 1.00 petang itu akan diadakan di Restoran New Fortune di sini. 

Wong Ching Ngie turut memaklumkan setiap penderma darah yang berjaya menderma darah pada kali ini akan mendapat satu kilogram beras wangi dan hadiah misteri.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta Benak: Hadiah RM25,000 menanti ‘Raja Sungai Batang Lupar’
Next: 11 penerima terima dana MRP berjumlah keseluruhan RM90,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.