Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Habib Haroon sah tinggalkan TFC
  • SUKAN

Habib Haroon sah tinggalkan TFC

Utusan Sarawak 1 year ago
HABIB Haroon

KUALA TERENGGANU: Kapten pasukan Terengganu FC (TFC) Habib Haroon sah tidak bersama kelab itu bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Selepas dua musim mengemudi jentera tengah TFC, pemain kelahiran Bahrain itu mengakui beliau memilih untuk beralih angin ke kelab lain bagi menimba lebih pengalaman dan peluang di tempat baharu.

Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu belum bersedia mendedahkan hala tujunya musim depan memandangkan kontraknya bersama skuad Penyu belum tamat sehingga hujung tahun ini.

“Saya 150 peratus tidak akan bersama pasukan (TFC). Saya sudah ada pasukan tetapi belum mengumumkannya sekarang kerana kontrak saya akan tamat akhir bulan ini.

“Ini adalah antara musim yang menakjubkan. Saya telah mengabdikan hidup saya di sini dan saya sangat menyayangi pasukan ini (TFC) dan akan sentiasa menyayangi mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.          

Walaupun bakal berkelana, Habib berkata, beliau akan tetap merindui peminat bola sepak Terengganu yang disifatkan sebagai antara penyokong kelab terbaik di negara ini.

Oleh itu beliau berharap dapat kembali beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) suatu hari nanti kerana bumi Terengganu dianggap sebagai rumah keduanya.

“Sejak awal kerjaya saya, saya tidak pernah berasa disayangi peminat seperti yang ditunjukkan oleh peminat di sini. Terengganu akan sentiasa di hati saya. Saya tidak akan pernah melupakan mereka,” katanya.

Habib memulakan kariernya di TFC pada 2021. Beliau antara watak penting yang membawa skuad Penyu ke pentas akhir Piala FA pada 2022 dan perlawanan akhir Piala Malaysia  2023.

Selain itu beliau turut membantu TFC layak ke Piala AFC 2023. – Bernama

Continue Reading

Previous: MOM, KBS berbincang wujud peruntukan hasil filem sukan
Next: Nunez, Jota bawa Liverpool ke puncak liga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.