Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Guru dicekup disyaki edar ganja
  • JENAYAH

Guru dicekup disyaki edar ganja

Utusan Sarawak 6 months ago
KETUA Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ganja di sekitar Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 6.45 petang semalam.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menjumpai dadah disyaki ganja yang dianggarkan seberat 0.21 kilogram dengan nilai rampasan sebanyak RM6,300.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja. Suspek merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Petaling Jaya dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah membenarkan tahanan reman ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula hari ini hingga 1 Disember,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Shahrulnizam turut menasihati orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah agar menyalurkannya ke mana-mana balai berdekatan atau terus menghubungi talian hotline bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2267. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ibu rayu selamatkan anak didera, dikurung sindiket pemerdagangan manusia di Kemboja
Next: Strok haba dikenal pasti punca kematian pelatih Palapes UiTM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.