Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Ibu meletus, cetus amaran penerbangan kedua tertinggi
  • GLOBAL

Gunung Ibu meletus, cetus amaran penerbangan kedua tertinggi

Utusan Sarawak 6 months ago
MELETUS LAGI… GAMBAR fail Gunung Ibu di timur Indonesia mengeluarkan awan abu setinggi enam kilometer ke langit pada 21 Mei 2024. FotoAFP

JAKARTA: Gunung Ibu, yang terletak di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Khamis, menghamburkan awan mengandungi abu setinggi tiga kilometer (km) dan menyebabkan amaran penerbangan kedua tertinggi dikeluarkan, menurut Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi.

Letusan berlaku pada 2.22 petang waktu tempatan, memuntahkan kepulan abu ke arah barat kawah, lapor Xinhua.

Penduduk telah dilarang melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan radius lima km dari kawah dan dinasihatkan untuk memakai pelitup muka apabila melakukan aktiviti di luar rumah.

Notis penerbangan telah dikeluarkan dengan tahap amaran oren, amaran kedua tertinggi yang melarang penerbangan di sekitar Gunung Ibu.

Gunung Ibu setinggi 1,325 meter merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Negara kaya perlu gandakan pembiayaan iklim menjelang 2030
Next: Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.