Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gunakan pendekatan terkini tonjolkan keunggulan muzium – Aaron  
  • TEMPATAN

Gunakan pendekatan terkini tonjolkan keunggulan muzium – Aaron  

Utusan Sarawak 2 years ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkesempatan melawat pameran pada sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 di Muzium Budaya Borneo, hari ini. Turut hadir, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Aaron Dagang, Tan Sri Datuk Amar Asfia Awang Nassar, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Datuk Amar Abu Bakar Marzuki. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Dagang menyarankan kepada semua komuniti muzium di Malaysia menggunakan pelbagai medium terbaharu dan terkini sejajar dengan pembangunan Pelan Strategik Pendigitilan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 bagi menonjolkan keunggulan muzium masing-masing.

Menurut beliau, Kementerian Perpaduan Negara sentiasa menyokong dan mendokong usaha Jabatan Muzium Malaysia dalam mengangkat dan memartabatkan institusi permuziuman sebagai entiti penting di negara ini. 

“Ini membuktikan bahawa kesatuan dan kerjasama di antara muzium dan institusi lain yang terlibat serta penglibatan masyarakat mampu menyumbang kepada pembangunan sosial berterusan. 

“Ia sejajar dengan matlamat utama Dasar Perpaduan Negara bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat. 

“…Dan juga signifikan dengan pembangunan masyarakat Madani yang berteraskan integrasi nasional berdasarkan aturan hidup, menghindari konflik dan permusuhan yang boleh menyebabkan perpecahan kaum,” katanya  

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 di Muzium Budaya Borneo, hari ini. 

Menurut beliau lagi, muzium merupakan sebuah institusi yang dipercayai dan merupakan rangkaian penting dalam fabrik sosial sesebuah negara. 

“Kewujudan muzium ditempatkan secara unik untuk mencipta kesan yang lebih komprehensif dan memupuk perubahan positif kepada orang ramai.  

“Identiti Malaysia sememangnya terkenal di peringkat antarabangsa sebagai sebuah negara majmuk, harmoni dan progresif. 

“Justeru, institusi permuziuman di Malaysia harus memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan melindungi khazanah sejarah dan budaya.

“Sekali gus menjadi agen pengukuhan jati diri masyarakat yang demokrasi dan berdaulat. 

“Melestarikan khazanah warisan negara ke arah kesejahteraan dan pembangunan mampan masyarakat adalah tanggungjawab kita Bersama,” ujarnya.

Oleh Azreen Keria 

Continue Reading

Previous: Hari Muzium Antarabangsa berpotensi tersenarai dalam kalendar pelancongan Sarawak
Next: Kepelbagaian aplikasi media sosial pilihan UKAS sebar luaskan informasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.