Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Guna saluran sah serah sumbangan
  • TEMPATAN

Guna saluran sah serah sumbangan

Utusan Sarawak 5 years ago

ADENG IDRUS

LAWAS: Semua Persatuan atau Badan Bukan Kerajaan(NGO) mahupun individu yang ingin memberi sumbangan semasa arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) sebagai saluran sah.

Residen Bahagian Limbang, Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi turut kesal dan akan mengambil tindakan serius terhadap mana-mana pihak yang didapati mengutip derma dalam bentuk kewangan tanpa sebarang kelulusan pihak berkuasa.

Beliau yang menghadiri mesyuarat Jawatan kuasa Pengurusan Bencana Daerah Lawas juga memberi ingatan keras agar NGO yang ingin menderma untuk akur kepada arahan yang ditetapkan kerajaan.

Peraturan dan arahan kerajaan adalah bagi memastikan semua sumbangan dapat diselaras dan cara agihan dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang bertujuan memutuskan rantaian Covid-19.

Setakat ini, belum ada mana-mana individu atau NGO di Bahagian Limbang yang tampil memohon permit untuk mengutip derma bagi tujuan memberi bantuan kepada rakyat semasa arahan PKP.

Oleh itu, Ahmad menasihatkan agar mana-mana pihak yang mengutip derma daripada rakyat secara langsung, melalui laman sosial atau sebagainya untuk menghentikan perbuatan tidak bertanggingjawab mereka itu.

Turut hadir, Menteri Muda Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Pegawai Daerah Lawas dan ketua-ketua jabatan agensi barisan hadapan Covid-19 Daerah Lawas.

Ahmad kemudiaannya mengiringi Abdul Rahman ke Majlis Daerah Lawas bagi menyaksikan penyerahan 1,000 unit topeng muka sumbangan Syarikat DIY Cawangan Lawas untuk diagih kepada petugas barisan hadapan Covid-19 di Daerah Lawas.

Continue Reading

Previous: Sanggup pakai grab
Next: Tindakan tegas terhadap peniaga ingkar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.