Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Guna kain basah padam kebakaran sebelum bomba tiba
  • KEMALANGAN

Guna kain basah padam kebakaran sebelum bomba tiba

Utusan Sarawak 2 years ago
TINDAKAN PANTAS… Anggota bomba menjalankan pemeriksaan dan siasatan kebakaran. Tindakan pantas penghuni rumah menggunakan kain basah berjaya mencegah kebakaran dari merebak. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Tindakan pantas penghuni rumah berjaya memadamkan kebakaran dapur rumahnya daripada terus merebak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada jam 7.34 pagi semalam.

“Komander operasi, PBK II Mijan Pamin bersama tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kebakaran di Lorong 5, Jalan Puyu selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan peralatan perkakas memasak,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata tindakan pantas penghuni rumah berjaya mengawal dan memadam kebakaran daripada terus merebak.

“Sebelum ketibaan bomba di rumah, penghuni rumah telah menggunakan kain basah menutupi sepenuhnya peralatan perkakas dapur yang terbakar.

“Pasukan bomba hanya membuat pemeriksaan dan seterusnya menjalankan siasatan kebakaran,” katanya.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Bayi dua tahun antara lima maut nahas dua kereta
Next: Dua cedera motosikal bertembung kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.