Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GPS tulang belakang Kerajaan Sarawak
  • TEMPATAN

GPS tulang belakang Kerajaan Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
KAUNSELOR Henry Kanyan Vincent Rawing (kiri) ketika berucap pada Program Santai BBQ di Rumah Tan Nari, Skim Sekuau, baru-baru ini.

SIBU: Exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing percaya Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu mentadbir negeri ini tanpa kebergantungan parti politik yang berteraskan luar Sarawak.

Katanya, rakyat di negeri ini harus bijak menentukan kerajaan dengan memilih GPS kerana hanya gabungan tersebut dapat memahami keperluan dan permasalahan rakyat Sarawak.

“Rakyat jangan tersalah pilih, beri peluang kepada GPS untuk mentadbir urus negeri ini dengan mengikut acuan anak Sarawak sendiri.

“Kebergantungan kepada parti luar Sarawak ternyata mengehadkan hak serta kebebasan rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai BBQ di Rumah Tan Nari, Skim Sekuau, baru-baru ini.

Kaunselor Kanyan yang juga Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) menggesa agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang menabur pelbagai fitnah untuk mengalihkan tumpuan rakyat agar menyokong usaha mereka.

“Tohmahan yang dilemparkan menagih rakyat untuk menilai dengan bijak dan tindakan yang harus diambil bagi menangkis sebarang persepsi serta isu yang pembangkang mainkan.

Rakyat lebih tahu menilai kebenaran yang berlaku di negeri ini,” ujarnya.

Beliau turut mengajak rakyat negeri ini menghayati sepenuhnya perjuangan GPS terutamanya dalam mempertahankan hak-hak Sarawak.

“Kita sebagai Anak Sarawak harus memahami dengan sedalam-dalamnya tentang GPS sebagai tulang belakang kerajaan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan GPS kini berhasrat untuk memajukan Sarawak dengan menetapkan sasaran untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030,” jelasnya.

Oleh Nurzilla Mohamad

Continue Reading

Previous: Projek BELB RM14 juta manfaatkan 12 rumah panjang
Next: Inisiatif baik dilaksanakan MIPD, SFS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.