SARIKEI: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa meneruskan perjuangan bagi membela nasib rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N41 Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh.
Katanya, membangunkan kawasan DUN Kuala Rajang memerlukan perancangan yang teliti dalam tempoh jangka panjang.
“Misalnya, pembangunan Tanjung Manis bermula sejak 30 tahun lagi sebelum menjadi seperti hari ini.
“Begitu juga dengan kawasan Sare yang sememangnya saya sudah kenal sejak 60 tahun lalu.
“Saya tahu masalah rakyat kawasan ini dan sedaya upaya menyelesaikannya,” katanya ketika berucap pada Program Santai-Santai Bersama ADUN N41 Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh di Dewan Masyarakat Sare, pagi kelmarin.
Tambahnya, akhirnya Sare kini telah berubah wajah.
“Kerajaan GPS sedang merangka melonjakkan pembangunan Sare bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan ini dalam tempoh jangka panjang.
“Perancangan jalan 7 kilometer (km) dengan anggaran kos RM50 juta menghubungkan Kerubong ke Sare Utara sudah dilulus dan dalam proses survei jajaran,” jelasnya.
Len yang juga merupakan Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar berharap penduduk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan GPS agar lebih banyak agenda pembangunan dapat dilaksanakan.
Dalam pada itu, pebagai aktiviti menarik dijalankan bersempena program santai tersebut.
Aktiviti-aktivi tersebut ialah mewarna logo GPS, memancing dalam botol, menuip belom dan menganyam ketupat.
Dua beradik antara pemenang tiket cabutan bertuah yang dicabut oleh Datu Len.
Xneses Mauwa Eric, berusia 7 tahun dan adiknya, Xnesia Ungik Eric yang berusia 4 tahun adalah pemenang hadiah cabutan bertuah untuk cabutan kali kedua dan ketiga.
Hadiah tiket cabutan bertuah ini merupakan tajaan dari Ahli Parlimen P206 Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab.
Oleh EARL ANEK