Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GPS prihatin kebajikan rakyat Sarawak
  • TEMPATAN

GPS prihatin kebajikan rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
KAMI BERSEDIA… Dato’ Sri Fatimah Abdullah bersama yang lain melaungkan slogan ‘Sarawak First’ pada Program Sarawak Kita Empun N15 Asajaya di Dewan Suarah Kota Samarahan, semalam.

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) prihatin terhadap kebajikan rakyat mulai seseorang itu lahir sehingga ke liang lahad.

Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, ini menjadikan GPS sebuah parti paling terbaik berbanding parti lain di Malaysia.

“Hal ini terbukti dengan bermacam-macam keistimewaan yang disalurkan oleh GPS untuk rakyat negeri ini.

“Antaranya Endowment Fund Sarawak (EFS), Bantuan Ibu Bersalin, Geran Institusi Pendidikan AwaI Kanak-kanak, Kenyalang Gold Card (KGC), Bantuan Ihsan Kematian dan Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Sarawak Kita Empun N15 Asajaya di Dewan Suarah Kota Samarahan, semalam.

Tambahnya, betapa bertuahnya rakyat Sarawak kerana mempunyai parti GPS.

“Apabila kerajaan terdahulu iaitu Pakatan Harapan (PH) menerajui peringkat persekutuan, banyak perkara yang menyusahkan rakyat Sarawak.

“Selama 22 bulan memegang Malaysia, mereka (PH) telah gagal, tetapi GPS yang menyelamatkan negara Malaysia,” ujarnya.

Jelasnya, apabila GPS membuat manifesto, perkara yang dijanjikan itu akan benar-benar berlaku dan ditepati malangnya PH hanya pandai berkata-kata, hanya manis di mulut.

“Kepada rakyat Sarawak, mari kita bangkit dan jangan ulang perkara sama,” tegasnya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Pemegang KGC nikmati 10 peratus diskaun
Next: Pelepasan air HEP tidak ada kaitan dengan banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.