Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GPS perlukan mandat besar
  • TEMPATAN

GPS perlukan mandat besar

Utusan Sarawak 3 years ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Dato Sri Fadillah Yusof bergambar bersama penduduk Serian pada Majlis Perasmian Jalan Pan Borneo Pakej 3, Jajaran Serian di Dataran Serian. • Foto HERRIEY NAHA

SERIAN: Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) memerlukan mandat yang besar daripada rakyat di negeri ini untuk meneruskan dasar pembangunan Sarawak ke arah tahun 2030.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sekarang beduk sudah berbunyi dan macam-macam cerita tetapi yang perlu ialah dasar kerajaan harus diambil kira untuk masa depan negeri.

“Kerajaan Sarawak sudah ada dasar strategi pembangunan pasca Covid-19 2030 (PCDS) ke arah 2030.

“Apa yang dikehendaki ialah kita mempunyai mandat yang besar daripada rakyat untuk meneruskan usaha pembangunan kita ini.

“Ini yang penting bagi kita dan Insya-Allah…kita akan terus bekerjasama untuk melaksanakan apa yang telah diimpikan oleh rakyat Sarawak. Hari ini impian sudah menjadi realiti khasnya di Serian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Jalan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Pakej 3, Jajaran Serian, semalam.

Abang Johari mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dengan siapnya Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Pakej 3 tersebut menggambarkan betapa pentingnya kerjasama yang erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

Katanya, niat kerajaan adalah untuk membangunkan pembangunan di Sarawak dan Serian telah di transform menjadi satu bandar yang cantik dan moden.

“Inilah hasil kita bersama, kerajaan GPS bekerja rapat dengan kerajaan persekutuan dan dalam kerjasama ini saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri.

“Malah banyak yang telah dilaksanakan dan akan terus diusahakan oleh beliau antaranya ialah ketersambungan maya menerusi projek Rancangan Rangkaian Digital Nasional (JENDELA),” katanya.

Katanya lagi, disebabkan kerajaan menuju ke arah ekonomi digital, kerajaan berkehendakan infrastruktur digital dan Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa pendekatan untuk menaik taraf infrastruktur digital di negeri ini.

“Bermaknanya ketersambungan jalan raya dan ketersambungan maya, kedua-duanya dilaksanakan.

“Kita bertuah kerana kita ada kerajaan yang stabil di Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri,” katanya lagi.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: PM BERI JAMINAN
Next: Lidam BERSEMANGAT majukan Katibas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.