Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GPS beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat
  • TEMPATAN

GPS beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat

Utusan Sarawak 4 years ago
PRIHATIN… Dato Sri Fadillah Yusof menyantuni mangsa kebakaran dan menghulurkan sedikit sumbangan di Jalan Muhibbah, Kampung No.6 di Kuching baru-baru ini.

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan telah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri ini.

Naib Yang di-Pertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini dibuktikan dengan pelbagai strategi disusun dan dilaksanakan oleh Ketua Menteri.

“GPS adalah sebuah parti yang memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi pelbagai program pembangunan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya, selepas melawat mangsa kebakaran di Jalan Muhibbah, Kampung No.6, di sini, Isnin lalu.

Semasa lawatan itu, Fadillah turut menghulurkan sumbangan kepada lima mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran pada Jumaat lalu

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, rakyat juga tidak lupa apa yang Pakatan Harapan (PH) janji semasa mentadbir selama 22 bulan.

“Saya juga percaya rakyat negeri ini masih mengingati janji dalam manifesto mereka (PH) … apa yang sudah mereka lakukan. Saya yakin rakyat dapat menilainya,” katanya.

Justeru, Fadillah percaya rakyat khususnya di kawasan Parlimen beliau akan memberi sokongan padu kepada ketiga-tiga calon GPS di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

“Insya- Allah dengan perkhidmatan terbaik, kita yakin rakyat di Parlimen Petra Jaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya.

Continue Reading

Previous: 22 projek bekalan air dilaksana di Lundu
Next: PCDS 2030 PULIHKAN EKONOMI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.