Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Giliran Nur Izzuddin-Sze Fei cipta sensasi layak final BWF
  • SUKAN

Giliran Nur Izzuddin-Sze Fei cipta sensasi layak final BWF

Utusan Sarawak 5 months ago

Nur Izzuddin / Goh Sze Fei

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia pastinya tersenyum bangga apabila beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mencipta sensasi dengan melangkah ke final Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas bertarung sengit selama 81 minit di Hangzhou, China, hari ini.

Nur Izzuddin-Sze Fei  terpaksa berhempas pulas dalam perlawanan mendebarkan sebelum menewaskan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 17-21, 21-16, 27-25 pada aksi separuh akhir di Gimnasium Olimpik Hangzhou.

Kemenangan ini merupakan kali keempat buat pasangan nombor tujuh dunia berkenaan ke atas pasangan yang sama daripada 11 pertemuan sebelum ini.

Sebelum melangkah ke kejohanan penutup musim ini, Nur Izzuddin-Sze Fei telah meraih gelaran juara sebanyak empat kali iaitu di Terbuka Artik (Super 500), Terbuka China (Super 1000), Terbuka Jepun (Super 750) pada tahun ini dan Masters Abu Dhabi 2023 (Super 100).

Pasangan negara itu dijadualkan berdepan sama ada Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark atau beregu Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam perebutan gelaran juara.

Menerusi audio yang dikongsikan oleh BWF, Nur Izzuddin mengakui beliau cuba melakukan beberapa gerakan yang agak ‘berbahaya’ kerana merasakan dirinya tiada apa yang perlu dikhuatiri.

Tindakan itu menjadikan beliau lebih berani mengambil risiko demi memastikan kemenangan.

“Lebih baik mencuba daripada tidak cuba. Bagi mata penentuan, mental perlu kuat,”katanya.

Terdahulu, beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan slot ke final selepas menewaskan pasangan senior negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dengan keputusan  straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada perlawanan separuh akhir.

Pada aksi final esok, Tang Jie-Ee Wei seterusnya akan berdepan dengan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Cedera: Zii Jia tarik diri Jelajah Akhir Dunia BWF 2024 
Next: Jota selamatkan maruah Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.