Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Giat cari lelaki jatuh sungai
  • WILAYAH

Giat cari lelaki jatuh sungai

Utusan Sarawak 2 months ago
PENCARIAN DIAKTIFKAN… Anggota bomba giat menjejaki lelaki yang disyaki terjatuh ke dalam perairan Batang Igan, Dalat petang tadi,.
-Foto kredit BBP Mukah

MUKAH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya dipercayai melanggar kayu hanyut dalam kejadian berlaku di perairan Bungan Kecil, Batang Igan, Dalat, sekitar 2.00 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, Nicholas Belulin berkata, mangsa berumur 30 tahun, kemungkinan terpelanting akibat kejadian itu.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Mukah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 2.30 petang.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dalam perjalanan ke lokasi kejadian, jarak perjalanan dari Mukah ke Kampung Sungai Kut, Dalat 57 kilometer melalui jalan darat. 

“Dan untuk ke lokasi dari Kampung Sungai Kut ke Bungan Kecil akan menggunakan bot lebih kurang hampir satu jam,” katanya.

OLEH AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh: Terus giat cari solusi bantu mangsa
Next: Projek JPD RM1.6 juta manfaat empat rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.