Gerai musnah dipukul ribut

Facebook
WhatsApp
RIBUT… Keadaan kawasan sekitar gerai penjaja di tepian pantai Kuala Matu yang terjejas.

MATU:Beberapa buah gerai penjaja di Kuala Matu dekat sini telah musnah dibadai ribut pada pagi Selasa (7 Julai).

Ia dikatakan tempias ribut berserta hujat lebat yang melanda kawasan sekitar Kampung Kuala Matu pada kira-kira jam 6 pagi berkenaan.

Adalah diharapkan kejadian itu tidak mematah atau meluntur semangat penjaja terlibat untuk meneruskan operasi peniagaan mereka pada Sabtu akan datang.