Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda kawasan Laut Banda, Indonesia, pada 6.45 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi pada kedalaman 171 kilometer (km) itu pada jarak 413 km selatan dari Ambon, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan terhadap Malaysia.– Bernama