Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi Jepun: Angka kematian meningkat kepada 100, 211 hilang
  • GLOBAL

Gempa bumi Jepun: Angka kematian meningkat kepada 100, 211 hilang

Utusan Sarawak 1 year ago
MENURUT media tempatan memetik pihak berkuasa tempatan, seramai 211 orang dilaporkan hilang di wilayah berkenaan sehingga hari ini.

TOKYO: Angka kematian meningkat kepada 100 orang di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi mencecah 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu, lapor Xinhua.

Seramai 211 orang dilaporkan hilang di wilayah berkenaan sehingga hari ini, menurut media tempatan memetik pihak berkuasa tempatan.

Bandar Wajima yang paling terjejas merekodkan 59 kematian manakala kira-kira 100 orang dilaporkan tertimbus dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Gegaran susulan dilaporkan masih melanda wilayah terbabit.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mendedahkan gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter melanda wilayah Noto pada 5.25 pagi waktu tempatan Sabtu pada kedalaman 10 kilometer.

JMA mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan supaya berwaspada terhadap kemungkinan banjir lumpur susulan hujan dijangka melanda wilayah itu pada Sabtu.

Kemudahan infrastruktur mengalami kerosakan teruk dengan kira-kira 24,000 isi rumah menghadapi gangguan bekalan elektrik dan 66,000 isi rumah terputus bekalan air di 14 bandar dan pekan setakat 8.00 pagi waktu tempatan hari ini, lapor Agensi Berita Kyodo. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Arab Saudi terus salur bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin
Next: Letupan hotel di Texas: Sekurang-kurangnya 11 cedera, seorang hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.