Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gelombang kedua banjir landa Bintulu – Bomba
  • SEMASA

Gelombang kedua banjir landa Bintulu – Bomba

Utusan Sarawak 3 months ago

Anggota JBPM Bintulu membuat persiapan untuk membantu operasi banjir yang masih berterusan. Foto Bernama

BINTULU: Bandar Bintulu hampir pulih daripada bencana banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun, kini berdepan gelombang kedua selepas beberapa kawasan kembali dinaiki air lewat petang tadi akibat hujan lebat berterusan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii memaklumkan kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.

Beliau turut berkongsi gambar dan video keadaan semasa kepada pihak media melalui aplikasi WhatsApp dan ketika ditanya sama ada gelombang kedua banjir telah bermula, beliau mengesahkan dengan jawapan ringkas: “Ya.”

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya bersama isteri karam di Sungai Anap, Tatau, lewat petang ini.

Menurut maklumat yang tular di media sosial, isteri mangsa selamat dalam insiden yang berlaku berhampiran kawasan Sangan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak mengesahkan menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.20 petang.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikenali sebagai Apai Kanun dari Rumah Antau Sait, Sungai Anap, Tatau itu hanya akan dimulakan esok berikutan jalan ke lokasi kejadian terputus hubungan serta keadaan cuaca yang gelap.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Recent floods highlighted the urgent need for improved flood management systems
Next: Bintulu, Miri catat jumlah mangsa banjir tertinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.