Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gara-gara RM30,lelaki bunuh nenek
  • TEMPATAN

Gara-gara RM30,lelaki bunuh nenek

Utusan Sarawak 5 years ago
SIASATAN… Beberapa anggota polis di tempat kejadian bagi menyiasat kes pembunuhan warga emas di Kampung Rampangi, Samariang.

KUCHING: Gara-gara tidak mendapat wang yang diminta, seorang lelaki berusia 27 tahun nekad membunuh seorang nenek berusia 66 dalam satu kejadian sekitar 7.00 pagi di Kampung Rampangi, Samariang, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Dara Mohd, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan hirisan pisau di mukanya.

Difahamkan bahawa selepas menyerang mangsa, suspek pergi ke rumah jiran untuk memberitahu bahawa dia memukul mangsa setelah gagal mengambil wang darinya.

Suspek memberitahu jiran bahawa dia meminta RM30 daripada mangsa yang enggan memberinya.

Marah kerana permintaannya ditolak, suspek pergi ke dapur untuk mengambil pisau dan menetak mangsa.

Jiran tersebut membawa suspek bersama balik ke rumah berkenaan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia manakala, jiran yang lain kemudian bertindak menangkap suspek dan menghubungi polis.

Menurut jiran, suspek sedang menganggur dan selalu meminta wang bukan sahaja dari mangsa tetapi juga dari mereka juga.

Malah, suspek dipercayai menggunakan wang tersebut untuk membeli dadah.

Sementara itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan polis sedang mencari pisau yang digunakan oleh suspek.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Mahu pimpinan muda bersiap siaga
Next: Empat keluarga masih menunggu bekalan elektrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.