Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gabriel Gumis Humen dilantik sebagai Presiden Mahkamah Bumiputera Rayuan
  • SEMASA

Gabriel Gumis Humen dilantik sebagai Presiden Mahkamah Bumiputera Rayuan

Utusan Sarawak 2 months ago

KOTA SAMARAHAN: Gabriel Gumis Humen telah dilantik sebagai Presiden Mahkamah Bumiputera Rayuan yang baharu, berkuat kuasa, semalam, 1 April.

Memetik kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), pelantikan ini diumumkan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak, Datu Johnathan Lugoh, dalam satu perjumpaan di Bilik Mesyuarat Utama, bangunan Mahkamah Bumiputera Sarawak, hari ini.

Menurut satu kenyataan media, Gabriel Gumis akan menggantikan mendiang Datu Thomas Akin Jelimin yang telah meninggal dunia pada Mac tahun lalu.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Majistret Mahkamah Bumiputera Residen dan memiliki latar belakang yang kukuh dalam bidang undang-undang.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perundangan (LL. B ) dari Universiti Malaya dan memiliki pengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes rayuan kes sivil serta kes-kes permohonan komuniti Bumiputera Sarawak.

Sebelum menyertai Mahkamah Bumiputera Sarawak, Gabriel berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak serta memegang jawatan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia Cawangan Sarawak dan Pengerusi Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Portfolio baharu bukan beban sebalik peluang perkaya pengalaman – Abdul Rahman Junaidi
Next: Perayaan landasan terbaik rapatkan silaturahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.