Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Fort Ranee selamat daripada terbakar
  • TEMPATAN

Fort Ranee selamat daripada terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
ASAP TEBAL… Asap tebal kelihatan di ruangan udara sekitar lokasi kebakaran di bangunan bersejarah ‘Fort Ranee’.

SARATOK: Bangunan Fort Ranee yang juga merupakan bekas Pejabat Daerah Saratok terbakar pada pagi kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok berjaya menyelamatkan ikon bersejarah yang berusia 132 tahun ini dari terbakar dengan lebih teruk.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.32 pagi.

“Seramai 7 anggota bomba diketuai oleh PBK II Yusuf Tamin dan komander operasi, Ketua BBP Saratok, PPgB Nazry Mohamat bertolak ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setiba dilokasi, didapati kebakaran melibatkan bilik mesyuarat ketua masyarakat di tingkat bawah dengan keluasan yang telah terbakar adalah 20 x 40 kaki.

“Kebakaran telah melibatkan 20 peratus dari keseluruhan bangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian di satu kenyataan, kelmarin.

Jelasnya, pihak bomba mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut.

“Pasukan bomba memadamkan kebakaran menggunakan sumber pili bomba yang berdekatan.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 10.50 pagi.

“Sehingga kini, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” ujarnya.

Turut berada di lokasi kebakaran bagi membantu memadamkan kebakaran ialah pihak ATM, pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pasukan Rela.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Lapan dicaj dari HUS
Next: Saringan wajib masuk Sarawak dilanjutkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.