Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Fokus strategik bangunkan bakat tempatan dalam ADR Sabah, Sarawak
  • SEMASA

Fokus strategik bangunkan bakat tempatan dalam ADR Sabah, Sarawak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UCAPAN… Dato Sri Fadillah Yusof berucap pada perasmian Minggu ADR Borneo 2025 (BAW2025) hari ini. Foto Facebook Fadillah Yusof

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof menggesa supaya fokus strategik digerakkan kearah usaha membangunkan bakat tempatan bagi menguasai kaedah penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) di Sabah dan Sarawak, untuk meletakkan rantau ini sebagai hab semula jadi kerjasama undang-undang dan komersial.

Dalam ucapan perasmiannya pada Minggu ADR Borneo 2025 (BAW2025) di sini hari ini, beliau turut menekankan kepentingan memperkukuhkan perkongsian rentas sempadan bagi memenuhi kerumitan undang-undang dan ekonomi yang semakin meningkat di rantau ini.

Dato Sri Fadillah Yusof menandatangani plak perasmian Minggu ADR Borneo 2025 (BAW2025). Foto Facebook

“Memupuk bakat bukanlah suatu usaha bersendirian, ia memerlukan kerjasama merentas kerajaan, industri, akademia dan institusi profesional.

“Kita perlu bekerjasama untuk memupuk kumpulan penimbang tara, pakar adjudikasi, pengantara, saksi pakar dan perunding tuntutan yang mahir secara teknikal dan amat memahami nilai dan konteks Borneo,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata usaha memupuk kerjasama yang lebih mendalam di seluruh Borneo, termasuklah mewujudkan rangka kerja jangka panjang untuk kerjasama antara institusi timbang tara, mahkamah, universiti dan industri.

Beliau berkata dengan perkembangan Nusantara di Indonesia, peningkatan penglibatan Brunei dan pertumbuhan pesat ekonomi Sabah dan Sarawak, Borneo muncul sebagai pemain utama dalam masa depan ASEAN.

“Dengan peningkatan integrasi Borneo ke dalam aliran pelaburan dan perdagangan rentas sempadan, ekosistem kita mesti bersedia bukan sahaja untuk memenuhi keperluan tempatan, tetapi juga untuk menarik keyakinan daripada pihak berkepentingan antarabangsa,” katanya.

BAW2025 yang berlangsung mulai hari ini hingga 9 Mei menampilkan lebih 15 acara, membabitkan penyertaan pelbagai entiti termasuk institusi, firma guaman, perunding dan badan-badan latihan.

Ia berfungsi sebagai platform untuk meneroka keberkesanan penyelesaian pertikaian dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi, tadbir urus yang baik, dan kerjasama serantau.

– Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Peguam Negara, Peguam Besar Negeri terlibat dalam proses rundingan MA63 – Fadillah
Next: Seniwati legenda Sophia Ibrahim meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.