Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Flu, jangkitan Covid semakin meningkat di Amerika Syarikat
  • GLOBAL

Flu, jangkitan Covid semakin meningkat di Amerika Syarikat

Utusan Sarawak 1 year ago
MENURUT Pengarah CDC Mandy Cohen, Covid terus merekodkan kemasukan ke hospital dan kematian bagi penyakit berkaitan pernafasan dengan kira-kira 15,000 dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,000 kematian setiap minggu. Foto AFP

LOS ANGELES: Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan jangkitan flu dan Covid-19 di seluruh negara, dengan peningkatan penyakit berkaitan pernafasan terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Bilangan mereka yang diuji positif Covid dan dimasukkan ke hospital dengan simptom yang teruk, semakin meningkat.

Kira-kira 10 peratus ujian Covid-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) adalah positif pada minggu terbaru yang berakhir pada 25 November, mengikut data CDC, lapor Xinhua.

Ketibaan pesakit yang didiagnosis sebagai Covid-19 ke jabatan kecemasan meningkat lebih daripada 10 peratus dalam minggu terkini berbanding minggu sebelumnya.

Kemasukan ke hospital akibat Covid hampir mencecah 20,000 orang untuk minggu yang berakhir pada 25 November atau lonjakan sebanyak 10 peratus, menurut data CDC.

Covid terus merekodkan kemasukan ke hospital dan kematian bagi penyakit berkaitan pernafasan – dengan kira-kira 15,000 dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,000 kematian setiap minggu, kata Pengarah CDC, Mandy Cohen.

Sementara itu, kadar flu juga semakin meningkat, dengan kadar positiviti ujian sebanyak 6 peratus di seluruh negara dan 4,268 kemasukan ke hospital untuk minggu yang berakhir pada 25 November, menurut data CDC.

Menurut data CDC, lapan kanak-kanak dan kira-kira 1,100 orang dewasa meninggal dunia disebabkan oleh penyakit berkaitan flu sepanjang musim ini.

Aktiviti influenza bermusim terus meningkat di kebanyakan bahagian negara itu terutama di kawasan Selatan Tengah, Tenggara, Gunung dan Pantai Barat, kata CDC dalam laporan mingguan. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Singapura kerah pesawat RSAF hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Next: Gencatan senjata di Gaza penting demi tamatkan pertumpahan darah – Ketua Pengarah WHO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.