Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA cetus kontroversi benar semula penyerang AS beraksi
  • SUKAN

FIFA cetus kontroversi benar semula penyerang AS beraksi

Utusan Sarawak 2 hours ago
Penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun, disahkan layak beraksi dalam perlawanan pusingan 16 terakhir menentang Belgium selepas FIFA menangguhkan hukuman penggantungan akibat kad merah, manakala gambar kanan, Donald Trump. — Foto  AFP.

LOS ANGELES: FIFA mencetuskan kontroversi apabila membenarkan semula penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun, beraksi selepas penggantungan akibat kad merah ditangguhkan susulan rayuan peribadi daripada Donald Trump. 

Hari penuh drama di dalam dan luar padang bermula apabila FIFA mengesahkan Balogun kini bebas diturunkan dalam aksi pusingan 16 terakhir menentang Belgium pada jam 8 pagi esok (waktu Malaysia) selepas hukuman penggantungan akibat kad merah ditangguhkan.

AFP kemudian dimaklumkan oleh dua sumber bahawa keputusan mengejutkan itu dibuat selepas Trump menghubungi Presiden FIFA, Gianni Infantino, bagi menggesa hukuman Balogun dikaji semula.

Trump menyambut baik keputusan itu dengan penuh kegembiraan.

“Terima kasih kepada FIFA kerana melakukan perkara yang betul dan membetulkan satu ketidakadilan besar!” tulis Trump menerusi platform Truth Social miliknya.

Bagaimanapun, Royal Belgian Football Association bertindak balas dengan penuh kemarahan dan memaklumkan sedang meneliti semua pilihan yang ada susulan keputusan tersebut.

“Persatuan Bola Sepak Diraja Belgium terkejut dengan keputusan FIFA yang mengisytiharkan pemain Amerika Syarikat yang digantung, Folarin Balogun, layak beraksi dalam perlawanan Amerika Syarikat menentang Belgium pada Isnin,” menurut kenyataan badan itu.

Jurulatih Belgium, Rudi Garcia, turut menyindir:

“Saya tidak tahu di Piala Dunia FIFA, 5 Julai kini sudah menjadi 1 April, iaitu Hari April Fool.”

Balogun, yang sudah menjaringkan tiga gol pada Piala Dunia kali ini, sepatutnya terlepas aksi esok, selepas dilayangkan kad merah kerana terpijak pertahanan Bosnia dan Herzegovina, Tarik Muharemovic, secara tidak sengaja dalam kemenangan 2-0 Amerika Syarikat pada pusingan 32 terakhir, Rabu lalu.

Mengikut peraturan FIFA, kad merah terus membawa hukuman penggantungan satu perlawanan dan keputusan itu tidak boleh dirayu oleh pasukan pemain berkenaan.

Pegawai United States Soccer Federation sebelum ini tidak membuat sebarang rayuan terhadap hukuman tersebut, malah Balogun sendiri menerima keputusan itu.

Namun, badan induk bola sepak dunia itu mengumumkan pada Ahad bahawa hukuman Balogun kini ditangguhkan selama setahun tanpa memberikan penjelasan lanjut. — AFP

Continue Reading

Previous: Haaland singkir Brazil, Norway mara ke suku akhir Piala Dunia
Next: Perlawanan Piala Dunia Mexico-England ditangguh sejam akibat ribut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.