Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fenomena air pasang, beberapa kawasan di Sibu dinaiki air
  • Tengah
  • WILAYAH

Fenomena air pasang, beberapa kawasan di Sibu dinaiki air

Utusan Sarawak 3 months ago
DINAIKI AIR….Jalan Lanang turut dinaiki air.

SIBU: Hujan berterusan dan fenomena air pasang telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Sibu dilaporkan dinaiki air.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata, pemantauan pasukan bertugas mendapati empat lokasi utama terjejas akibat banjir.

PANTAU… Pasukan Bomba menjalankan pemantauan di tebingan Bandar Sibu.

“Jalan Lanang dinaiki air sedalam satu kaki namun masih boleh dilalui oleh kenderaan. Tiga kawasan lain, iaitu Jalan Latap, Kampung Banyok dan Jalan Stabau, telah ditenggelami air dan tidak dapat dilalui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keadaan masih terkawal setakat ini dan pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan banjir daripada penduduk.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai,” katanya.

DINAIKI AIR…Salah sebuah rumah panjang di Jalan Salim Stabau dinaiki air.

Laporan pemantauan yang dijalankan dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi itu turut mendapati cuaca masih hujan renyai-renyai, manakala paras air sungai berada pada tahap pasang.

Sehubungan itu, orang ramai diminta mengutamakan keselamatan serta mengikuti perkembangan cuaca dan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majang santuni mangsa banjir di Bintulu
Next: Banjir di UPMKB semakin pulih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.