Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Felda United buru kedudukan 4 terbaik Liga Super
  • SUKAN

Felda United buru kedudukan 4 terbaik Liga Super

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Felda United, Mohd. Nidzam Jamil optimis skuad ‘The Fighters’ mampu menamatkan saingan Liga Super musim ini dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Bagaimanapun, pasukan itu harus berwaspada dengan pencabar terdekat seperti Pahang dan Selangor kerana jurang mata terkumpul tidak jauh berbeza.

Justeru, Mohd Nidzam berharap pemainnya mengekalkan prestasi cemerlang dalam baki tujuh perlawanan bagi mencapai sasaran berada dalam kedudukan berkenaan.

Skuad ‘The Fighters’ berkongsi lima mata dengan Sabah dan Selangor selepas empat perlawanan, namun berada di tangga kelima menerusi perbezaan jaringan.

“Kami sangat menghormati pasukan seperti Pahang dan Selangor, namun sekiranya kita mengamalkan pendekatan terbaik dalam baki tujuh perlawanan selepas ini, saya yakin kita berjaya meraih kelompok empat pasukan terbaik.

“Paling penting bagi saya, kita seharusnya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri, dan berjaya mencuri sekurang-kurangnya satu mata dari tempat lawan,” katanya kepada Bernama, Jumaat lalu.

Felda United menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10 daripada 12 pasukan menerusi kutipan 19 mata daripada 22 perlawanan musim lepas. -Bernama

Continue Reading

Previous: KBS komited semua jenis sukan dapat kembali dimainkan
Next: Bentuk pasukan lebih awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.