
PETRA JAYA: Dato Fazzrudin Abdul Rahman sekali lagi dilantik sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, berkuat kuasa, hari ini.
Fazzrudin meneruskan khidmatnya dalam jawatan tersebut sejak pertama kali dilantik pada 18 Februari 2022.
Dengan tiga tahun pengalaman dalam perkhidmatan, Fazzrudin terus berperanan penting dalam sistem penyampaian pentadbiran negeri.
Fazzrudin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, merupakan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tupong.
Majlis Angkat Sumpah itu disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan tetamu kehormat yang lain.
Oleh Mohd Neenatul Aizal