Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Fattah Amin berhasrat untuk bekerjasama dengan CENTEXS
  • TEMPATAN

Fattah Amin berhasrat untuk bekerjasama dengan CENTEXS

Utusan Sarawak 7 months ago
FATTAH Amin ketika ditemui pemberita dalam Sesi ‘Meet & Greet’ yang diadakan di Juma’ani Pavilion, hari ini. FotoNOOR IKMAL

KUCHING: Selebriti tanah air, Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, seorang bintang terkenal dalam industri hiburan negara menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) bagi program dan latihan media kreatif.

Menurut pelakon, penyanyi, model serta usahawan yang berjaya itu, Sesi ‘Meet & Greet’ yang diadakan di Juma’ani Pavilion, hari ini, bukan sahaja merapatkan jurang antaranya bersama peminat di Sarawak, bahkan turut membuka ruang kerjasama terhadap hasratnya itu.

“Dari sudut latihan ini, kita boleh sama-sama membantu untuk membangunkan media kreatif di Sarawak.

“Latihan media kreatif ini akan mempromosikan Sarawak ke Semenanjung Malaysia   secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan ekonomi Sarawak dan juga negara kita,” katanya.

Jelasnya lagi, kolaborasi ini juga dilihat sebagai sebuah proses dalam membantu dirinya ke arah pemfileman pada masa akan datang.

Fattah Amin, pada masa sama, turut mendedahkan telah membuat beberapa perbincangan bersama Juma’ani Pavilion.

Bagaimanapun, hanya akan mendedahkan intipati perbincangan itu setelah mencapai persetujuan kedua-dua pihak.

“Kita memang ada buat perbincangan dengan Juma’ani Pavilion setakat ini, tapi tunggu sudah disahkan, baharulah kita kongsikan,” katanya.

Lahir pada 14 September 1990 di Setiawangsa, Kuala Lumpur, Fattah Amin yang memulakan kerjaya seni pada 2011, telah meraih kejayaan besar menerusi pelbagai watak utama dalam drama dan filem popular negara.

Antaranya, pada 2011-2014: Penglibatan awal dan Playboy Itu Suami Aku, 2015–2016: Hello, Mr. Perfect! dan Gerak Khas, 2017: Hero Seorang Cinderella dan My Coffee Prince dan 2018–kini: Kejayaan arus perdana.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn seterusnya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan memperoleh ijazah dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, anak sulung daripada lima adik beradik itu juga  giat menceburi bidang perniagaan.

Selain daripada kerjaya seni, Fattah Amin mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara.

Selain itu, Fattah Amin turut melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.

Oleh Noor Ikmal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DBKU sasar Kuching bandar raya rendah karbon menjelang 2030
Next: NREB mahu tubuh Kelab Pencinta Alam Sekitar di semua sekolah, RM2,000 diberi setiap tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.