Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Farmasi dikompaun RM1,000
  • TEMPATAN

Farmasi dikompaun RM1,000

Utusan Sarawak 5 years ago

MIRI : Padah gagal mempamerkan tanda harga pada topeng muka yang dijual, sebuah farmasi di sini dikenakan kompaun RM1,000.

Kompuan itu dikeluarkan selepas pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Miri melakukan pemeriksaan di premis berkenaan.

Ketua KPDNHEP Cawangan Miri, Joe Azmi Jamil berkata, pemeriksaan dilakukan susulan aduan diterima daripada pengguna yang memaklumkan  premis tersebut tidak meletakkan tanda harga pada topeng muka yang ditawarkan untuk jualan.

“Pemeriksaan mendapati premis tersebut melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit 1993, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Berikutan itu, premis terbabit dikenakan kompaun RM1,000 serta merta dan kami juga merampas sejumlah topeng muka yang keseluruhannya bernilai RM75,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Joe Azmi turut memberi amaran kepada peniaga supaya menjual topeng muka mengikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM1.50 seunit.

“Sekiranya peniaga didiapati menjual melebihi harga tersebut mereka boleh dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 di bawah Seksyen Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya.

Continue Reading

Previous: Tetak ibu kerana RM30
Next: Capaian internet penghalang usaha pendidik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.