Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Enam saman trafik dikeluarkan dalam operasi kenderaan perdagangan di Bau
  • JENAYAH

Enam saman trafik dikeluarkan dalam operasi kenderaan perdagangan di Bau

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMERIKSAAN dijalankan terhadap kenderaan perdagangan bagi memastikan pematuhan undang-undang dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di Bau.

BAU: Polis mengeluarkan enam saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan kenderaan perdagangan di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik itu bertujuan memastikan pematuhan undang-undang serta meningkatkan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Katanya, operasi berlangsung dari 2.30 petang hingga 4.00 petang di Jalan Bau-Serikin dan Jalan Bau-Lundu.

ANGGOTA Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bau memeriksa sebuah lori dalam operasi penguatkuasaan kenderaan perdagangan di Jalan Bau-Serikin dan Jalan Bau-Lundu semalam.

“Hasil operasi, sebanyak 35 kenderaan diperiksa, terdiri daripada tujuh motosikal, 13 kereta, lima kenderaan pacuan empat roda atau pikap, serta 10 lori.

“Seramai 45 individu turut diperiksa, membabitkan 23 lelaki dan 22 wanita,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, enam saman dikeluarkan menggunakan Borang PDRM (K) 257 atas pelbagai kesalahan, termasuk gagal memakai tali pinggang keledar, mengubah suai ekzos, memandu tanpa lesen, serta membawa muatan berbahaya atau muatan yang tidak diikat dengan selamat.

Mohd Haide berkata, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan jalan raya serta mengurangkan risiko kemalangan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Maritim Miri tahan vesel tunda disyaki seludup barang
Next: Maritim Miri tahan vesel tunda gagal kemuka dokumen sah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.