Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Enam rumah musnah, sebuah lagi rosak dalam kebakaran di Tabuan Hilir
  • KEBAKARAN

Enam rumah musnah, sebuah lagi rosak dalam kebakaran di Tabuan Hilir

Utusan Sarawak 6 hours ago
OPERASI bomba di lokasi kebakaran di Lorong Belakang Tabuan Hilir selepas enam rumah musnah sepenuhnya.

KUCHING: Enam rumah struktur tidak kekal musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi rosak 30 peratus dalam kebakaran di Lorong Belakang Tabuan Hilir awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.41 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi.

Jentera pertama tiba di lokasi pada 3.45 pagi dan kebakaran berjaya dikawal pada 4.44 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.08 pagi.

KEADAAN rumah yang musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi mengalami kerosakan 30 peratus dalam kebakaran di Lorong Belakang Tabuan Hilir.

Kebakaran melibatkan tujuh rumah struktur tidak kekal berkeluasan kira-kira 20 x 30 kaki persegi setiap satu. Daripada jumlah itu, enam rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi mengalami kerosakan sebanyak 30 peratus.

Selain rumah, tiga motosikal turut musnah sepenuhnya dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seramai 44 penghuni daripada enam keluarga terjejas dalam kejadian itu, melibatkan 20 lelaki dewasa, 15 perempuan dewasa dan sembilan kanak-kanak.

Operasi pemadaman dikendalikan oleh 28 anggota bomba dari BBP Tabuan Jaya dengan bantuan BBP Padungan dan BBP Batu Lintang.

Pasukan bomba menggunakan teknik pemadaman secara ofensif dan defensif. BBP Tabuan Jaya menggunakan satu aliran dengan dua nozel sepanjang 600 kaki menggunakan sumber air daripada pam jentera dan lori tangki air, manakala BBP Padungan menggunakan dua aliran dengan dua nozel sepanjang 300 kaki yang disambungkan kepada pam jentera. Anggota BBP Batu Lintang pula membantu operasi pemadaman di lokasi.

Selepas memastikan tiada lagi punca api dan keadaan benar-benar selamat, semua pasukan operasi beredar pulang ke balai.

Operasi turut melibatkan tiga jentera FRT, sebuah lori tangki air dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: Lima rumah musnah dalam kebakaran di belakang Taman Arbi
Next: Rumah kosong dua tingkat terbakar di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.