Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Enam PPS ditutup hari ini  
  • SEMASA

Enam PPS ditutup hari ini  

Utusan Sarawak 3 months ago
KOSONG… Khemah-khemah yang menempatkan mangsa banjir di Sarawak telah mula dikosongkan berikutan keadaan banjir yang semakin pulih, dengan jumlah mangsa menurun kepada 10,068 orang setakat 8.00 pagi ini berbanding 10,104 orang, malam tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan bahawa mangsa kini berlindung di 46 pusat pemindahan sementara (PPS). Jumlah mangsa di Bahagian Bintulu, yang melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh, menurun kepada 4,901 orang berbanding 5,075 orang malam tadi, manakala Bahagian Serian, merangkumi daerah Serian, Siburan dan Balai Ringin, mencatatkan penurunan kepada 1,744 orang berbanding 1,847 orang sebelum ini. FotoBERNAMA

KUCHING:  Beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak telah ditutup hari ini selepas keadaan di kawasan terjejas menunjukkan pemulihan ketara.

Antaranya, lima PPS di Serian yang ditutup pada 2.00 petang adalah Dewan Masyarakat Serian, Dewan Slabi Entukuh, Stadium Tertutup Bola Keranjang, Dewan Ranchan, dan Dewan Tai Pak Kung.

Keputusan ini dibuat atas nasihat Jawatankuasa Bencana Daerah Serian selepas kebanyakan mangsa yang ditempatkan di pusat berkenaan telah kembali ke kediaman masing-masing.

Sementara itu, di Bintulu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Naim Paragon akan ditutup pada 5.00 petang. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bintulu mengesahkan penutupan ini dibuat berdasarkan nasihat daripada Komander Operasi Bencana dan Penolong Komander Operasi Bencana Daerah Bintulu.

Oleh Amanda L. 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Harga lantai belian padi baharu diumum minggu depan, tidak jejas pengguna
Next: Jumlah mangsa banjir menurun, lapan PSS ditutup 34 masih aktif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.