Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Enam peserta wakili Sarawak ke Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan
  • TEMPATAN

Enam peserta wakili Sarawak ke Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan

Utusan Sarawak 1 month ago
DATU Misnu Taha merakam gambar bersama rombongan wakil Sarawak ke Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 1446H/2025M di Pejabat MIS, hari ini.

KUCHING: Sarawak bakal menghantar enam peserta bagi menyertai majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Perlis tahun ini, dengan harapan untuk mengulangi pencapaian cemerlang yang pernah diraih di peringkat nasional dan antarabangsa sebelum ini.

Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datu Misnu Taha berkata kontinjen Sarawak kali ini terdiri daripada barisan peserta berpengalaman. Antara yang menjadi tumpuan ialah Muhammad Faizal Afandi dalam kategori tilawah dan Huziah Ayub, peserta paling senior dalam pasukan tahun ini.

Empat lagi peserta akan bersaing dalam kategori hafazan meliputi juzuk 1 hingga 10, 1 hingga 20 dan 1 hingga 30, dengan penyertaan melibatkan wakil lelaki dan wanita.

“Alhamdulillah, tahun ini Perlis menjadi tuan rumah dan Sarawak tidak ketinggalan menghantar barisan terbaik. Kita berharap mereka mampu mengangkat nama negeri di pentas kebangsaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada rombongan wakil Sarawak ke Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 1446H/2025M di Pejabat MIS, hari ini.

Selain itu, Misnu turut menzahirkan keyakinan terhadap kebolehan peserta Sarawak yang pernah mencipta nama sebelum ini, dan melihat penyertaan kali ini sebagai satu usaha meneruskan legasi kejayaan.

“Saya menyeru seluruh rakyat Sarawak untuk sama-sama mendoakan kejayaan mereka. Semoga mereka berangkat dengan penuh semangat dan kembali membawa kebanggaan buat negeri tercinta,” tambahnya. – UKAS 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS alu-alukan enam ahli baharu Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan
Next: Projek penahan tebingan Sungai Kampung Sageng dijangka siap April 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.