Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Enam lelaki ditahan di Bau kerana disyaki menyalahgunakan dadah
  • JENAYAH

Enam lelaki ditahan di Bau kerana disyaki menyalahgunakan dadah

Utusan Sarawak 2 days ago
Suspek dadah ditangkap.

BAU: Enam lelaki tempatan ditahan dalam satu operasi antidadah yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Bau.

Ketua Polis Daerah Bau Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, tangkapan dibuat dalam operasi yang dijalankan di sekitar Kampung Sibuluh dan Kampung Bobak Sejinjang Singai sekitar 10.30 pagi pada 19 Jun.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua enam suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kesemua suspek yang berusia antara 23 hingga 41 tahun kemudian ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan menggunakan dadah,” katanya hari ini.

Mohd Haide berkata, tiada dadah atau barangan lain dirampas dalam operasi tersebut.

Siasatan polis turut mendapati kesemua suspek mengaku dalam percakapan awal bahawa mereka kali terakhir mengambil syabu sehari sebelum ditangkap.

Daripada enam suspek yang ditahan, empat mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua lagi tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan dadah.

Kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut.

Polis turut menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah bagi membantu usaha membanteras penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Op Bersepadu di Selangau
Next: Cubaan elak sekatan jalan raya bawa padah, majikan dan PATI dicekup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.