Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Enam kawasan terjejas banjir terima bantuan
  • TEMPATAN

Enam kawasan terjejas banjir terima bantuan

Utusan Sarawak 5 years ago

????????????????????????????????????

TERIMA KASIH… Ketua Kaum Kampung Dagang Marudi, Abdullah Piee bagi mewakili penduduk kampung menerima bantuan makanan asas diserahkan Pembantu Kebajikan Masyarakat Marudi,Nursusheilla Abdullah.

MARUDI : Sejumlah 309 pek makanan asas dihantar Jawatankuasa Bencana Daerah dan Jabatan Kabjikan Masyarakat, asas kepada penduduk yang terjejas banjir di enam kampung bagi kawasan hilir di sini semalam.

Kesemua bekalan itu dihantar kepada penduduk dikampung Narum Marudi ( 193 pek), Kampung Dagang ( 70 pek ), Ridan Feri ( 15 pek ), Lubuk Tapang ( 2 pek ), Setapang C ( 15 pek )  dan Setapang D (14 ).

Pembantu Pegawai Kebajikan Masyarakat Marudi, Nursusheilla Abdullah berkata bagi Setapang C dan Setapang D, penghantaran bekalan manakan itu akan dilakukan anggota Majlis daerah Marudi (MDM).

Sementara itu Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Tuan Law Poh Kiong dalam kenyataanya berkata kawasan yang berada di hulu pekan marudi kini semakin baik dan tren air yang semakin surut.

Kawasan hilir pula paras air dalam tren air menaik dengan terdapat kawasan yang paras air menahan susulan limpahan air dari hulu mengakibatkan kawasan rendah mulai dinaiki air.

Tambahnya keseluruhan kawasan bahagian Miri masih berada dalam keadaan terkawal.

Katanya, kawasan yang terputus hubungan dalam tempoh tiga hari, bekalan makana ke kawasan terbabit mulai dihantar ole Jabatan Kebajikan Masyarakat .

Continue Reading

Previous: JKKK bantu terapkan norma baharu
Next: Inisiatif bantu petani jana pendapatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.