
PARAS BAHU JALAN....Paras air sama dengan paras bahu jalan semasa pemantauan dijalankan oleh pihak bomba. Foto BBP Sarikei
SARIKEI: Empat kawasan rendah berisiko banjir di sini telah dipantau oleh pihak bomba, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, kawasan yang dipantau adalah Jalan Wharf, Jalan Rambai, Jalan Bunga Raya dan Jalan Ixora.
“Rondaan pemantauan bermula 8.50 malam hingga 9.55 malam.
“Tiga orang anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata semasa rondaan pemantauan, pihaknya mendapati paras air sama dengan paras bahu jalan.
“Air sedang surut dan keadaan lalu lintas terkawal.
“Tiada panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.
Oleh Earl Anek