Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat loji rawatan air henti operasi akibat banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat loji rawatan air henti operasi akibat banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
EMPAT loji rawatan air di Sarawak terpaksa dihentikan susulan situasi banjir dan paras air sungai yang kritikal

SIBU: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak terpaksa menghentikan operasi empat loji rawatan air berikutan situasi banjir dan paras air sungai yang kritikal.

Pengarah JBALB Sarawak, Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan dalam satu kenyataan berkata loji-loji yang terjejas adalah Loji Rawatan Air Song dan Loji Rawatan Air Beguang di Bahagian Kapit serta Loji Rawatan Air Nanga Dap dan Loji Rawatan Air Kanowit di Bahagian Sibu.

“Pasukan kami di setiap bahagian akan terus membuat pemantauan keadaan di loji rawatan air dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen JBALB Sarawak untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa loji rawatan air lain di seluruh Sarawak masih beroperasi seperti biasa. Orang ramai boleh menghubungi Call Centre JBALB Sarawak di talian 082262211 bagi sebarang aduan dan pertanyaan berkaitan gangguan bekalan air. – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 50 peserta SPK Hulu Kabong kini miliki lot rumah
Next: BBP Bintangor agih 100 pek bubur lambuk kepada orang awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.