Empat draf kajian semula adat dikemukakan kepada Jabatan Peguam Besar Sarawak

Facebook
WhatsApp
CENDERAMATA…Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerima cenderamata daripada Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS), Datu Neilson Ilan Mersat selepas kunjungan hormat di sini, semalam. Foto: UKAS

PETRA JAYA: Sebanyak empat draf kajian semula adat telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Besar Sarawak bagi tujuan semakan sebagai langkah memperkukuh dan memodenkan sistem adat di negeri ini.

Perkembangan itu dimaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ketika beliau menerima kunjungan hormat Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS), Datu Dr Neilson Ilan Mersat di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

DATUK Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (kanan) berbincang bersama Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS), Datu Neilson Ilan Mersat ketika menerima kunjungan hormat di sini, semalam. Foto Norman B

Empat draf yang dikemukakan melibatkan Adat Iban, Adat Bidayuh, Adet Kayan dan Adet Kenyah yang sedang melalui proses semakan sebelum tindakan selanjutnya.

Menurut kenyataan MAIS, kajian semula tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkasa sistem adat melalui pentafsiran semula, penambahbaikan serta pengenalan peruntukan baharu agar terus relevan dengan perubahan gaya hidup masyarakat masa kini.

Usaha berkenaan turut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memelihara warisan adat pelbagai kaum, di samping memastikan pelaksanaannya kekal praktikal, tersusun dan memenuhi keperluan semasa.

Pada pertemuan itu, Mohamad Abu Bakar turut merakamkan ucapan tahniah kepada Datu Neilson atas pelantikannya sebagai Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak bagi sesi 2026 hingga 2029.

Oleh Norman B

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara