Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat cedera bom Perang Dunia II meletup
  • GLOBAL

Empat cedera bom Perang Dunia II meletup

Utusan Sarawak 3 years ago

Fire brigades and policemen work at the site of a bomb explosion close to the main railway station in Munich, southern Germany, on December 1, 2021. - According to media reports, four persons were injured, one of them seriously, when a World War II bomb exploded as works were under way at a construction site close to the railway station. (Photo by CHRISTOF STACHE / AFP)

BOMBA dan anggota polis berada di tapak letupan bom berhampiran stesen kereta api utama di Munich, selatan Jerman. Seramai empat
orang cedera apabila bom Perang Dunia II meletup ketika kerja pembinaan sedang dijalankan di tapak pembinaan berhampiran stesen kereta api itu. • Foto AFP

BERLIN: Empat orang cedera dan seorang daripadanya parah apabila bom Perang Dunia II meletup di tapak bangunan berhampiran stesen kereta api utama Munich pada  Rabu lalu, kata perkhidmatan kecemasan.

Pekerja pembinaan telah menggerudi ke dalam tanah apabila bom itu meletup, kata jurucakap bomba dalam satu kenyataan.

Menurut laporna media tempatan, letupan itu kedengaran beberapa kilometer jauhnya dan serpihan letupan itu bertaburan sehingga ratusan meter.

Imej menunjukkan kepulan asap naik di sebelah landasan kereta api.

Pengendali Kereta Api Deutsche Bahn menggantung perkhidmatannya di laluan yang terjejas.

Menurut perkhidmatan bomba, letupan berlaku berhampiran jambatan yang mesti dilalui oleh semua kereta api yang pergi ke atau dari stesen itu.

Kira-kira 75 tahun selepas perang, Jerman masih dipenuhi dengan senjata yang tidak meletup, sering ditemui semasa kerja pembinaan.

Bagaimanapun, kebanyakan bom berjaya dimatikan oleh pakar sebelum ia meletup.

Tahun lepas, tujuh bom Perang Dunia II ditemui di lokasi masa depan kilang Eropah pertama Tesla di luar Berlin.

Selain itu, bom besar juga berjaya dimatikan di Cologne dan Dortmund tahun lepas.

Pada 2017, penemuan bom seberat 1.4 tan di Frankfurt menyebabkan 65,000 orang dipindahkan, operasi seumpama itu terbesar sejak tamat perang di Eropah pada 1945. -AFP

Continue Reading

Previous: China gantung aktiviti import guna kereta api
Next: Saintis temui fosil ekor ‘unik’ dinosaur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.