Program Sahabat Sekolah IWK manfaatkan warga SK Ulu Daro

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
AHMAD Johnie menyempurnakan program Sahabat Sekolah anjuran IWK Sdn. Bhd. di SK Ulu Daro.

DARO: Program Sahabat Sekolah anjuran Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. berlangsung meriah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Daro.

Majlis perasmian program itu disempurnakan oleh Pengerusi IWK, Ahmad Johnie Zawawi.

MERIAH….Ahmad Johnie pada program Sahabat Sekolah anjuran IWK Sdn. Bhd. berlangsung meriah di SK Ulu Daro.

Ahmad Johnie yang juga Ahli Parlimen Igan berkata, IWK berperanan mengurus sistem pembetungan negara di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara sumber air bersih.

“IWK turut menitikberatkan amalan kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama demi kesejahteraan generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

UCAPAN… Ahmad Johnie berucap pada program Sahabat Sekolah anjuran IWK Sdn. Bhd. berlangsung meriah di SK Ulu Daro.

Pada majlis itu, IWK turut menyumbangkan sebuah papan pintar kepada SK Ulu Daro bagi menyokong pembelajaran digital di sekolah berkenaan, selain menyerahkan sumbangan buku kepada perpustakaan sekolah.

Turut hadir bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Kamarudin Ambok, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam, Ketua Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan IWK, Mohd Lutpee Salleh, serta tetamu jemputan lain.

Oleh Akun Giman