Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Elak bina rumah di kawasan berisiko
  • Selatan
  • WILAYAH

Elak bina rumah di kawasan berisiko

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAKAM KENANGAN… Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom bergambar bersama agensi yang terlibat pada majlis Penghargaan Misi Menghantar Bantuan Makanan bagi DUN Pakan dan Meluan di Bilik Serbaguna, Pejabat Daerah Pakan semalam. Foto UKAS

PAKAN: Penduduk luar bandar dinasihatkan agar mengelak daripada membina rumah persendirian atau rumah panjang di kawasan berisiko tinggi terhadap bencana alam, seperti lereng bukit, kawasan tanah rendah, serta di tepi sungai.

Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom berkata, langkah tersebut bukan sahaja merupakan langkah persediaan awal, malah mampu menyelamatkan nyawa serta melindungi harta benda daripada kemusnahan.

“Sesuatu bencana memang tidak dijangka atau diramalkan, tetapi dengan mengelakkan kawasan berisiko, kehidupan harian akan lebih mudah dan selamat,” katanya ketika berucap pada majlis Penghargaan Misi Menghantar Bantuan Makanan bagi DUN Pakan dan Meluan di Bilik Serbaguna, Pejabat Daerah Pakan semalam.

Menurutnya, perubahan iklim dunia menjadikan kejadian bencana tidak dapat dielakkan dan oleh itu perancangan rapi amat penting bagi mengurangkan impak terhadap penduduk.

Beliau turut memaklumkan bahawa Jawatankuasa Bencana Bahagian Sarikei sentiasa bersiap siaga bersama agensi berkaitan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Tambah beliau, kekurangan kemudahan di kawasan pedalaman sering menjadi cabaran dalam misi bantuan dan menyelamat.

“Ramai tidak memahami situasi sebenar serta risiko yang perlu dihadapi oleh pasukan penyelamat dan sukarelawan, menyebabkan timbul pelbagai tuduhan mengenai kelewatan. Hakikatnya, usaha ini sangat mencabar,” katanya.

Berkesempatan itu beliau amat berterima kasih kepada semua agensi kerajaan, swasta, sukarelawan serta orang persendirian yang banyak membantu semasa bencana yang berlaku di beberapa tempat di DUN Pakan dan Meluan yang lalu. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masyarakat Islam digesa bersatu usaha pembinaan masjid, surau
Next: RM282 juta bagi projek jalan, bekalan air di DUN Meluan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.