Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Elak 3L, bendung kemalangan musim perayaan
  • TEMPATAN

Elak 3L, bendung kemalangan musim perayaan

Utusan Sarawak 2 years ago
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Datu Khirudin Drahman.

KUCHING: Elakkan sindrom tiga ‘L’ (lupa, lalai, leka) semasa musim perayaan ini bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Datu Khirudin Drahman berkata sindrom tiga ‘L’ ini perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kejadian kebakaran berlaku pada musim perayaan ini.

Katanya, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah penggunaan perkakas elektrik di rumah. 

“Penggunaan perkakas elektrik yang boleh membebankan sistem litar perlulah dielakkan. Gunakanlah peralatan elektrik dengan bijak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan Aidilfitri kepada masyarakat di Sarawak melalui siaran Facebook hari ini.

Beliau juga menekankan agar masyarakat perlu memberi perhatian kepada asas perlindungan kebakaran.

“Antara asas perlindungan kebakaran adalah, memiliki alat pemadam api mudah alih yang boleh digunakan semasa kecemasan dan boleh memadam kebakaran peringkat awal.

“Kita tidak mahu selepas kejadian barulah juta mengatakan kita perlu ada itu dan ini(alat pemadam api mudah alih) setelah berlakunya kebakaran. 

“Masyarakat perlu mengambil langkah yang bijak dengan memiliki alat pemadam api, untuk persediaan langkah-langkah pencegahan kebakaran,”katanya. 

Pada masa sama, beliau mengucapkan selamat menyambut Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua komuniti di Sarawak terutama sekali yang meraikannya.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Ops Aidilfitri Serian: JPJ keluarkan 45 notis saman pelbagai kesalahan
Next: Ekslusif: Lemang Ismadi terlajak laris menjelang Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.