Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ekonomi Sarawak terus kukuh sebab sokongan kuat rakyat kepada GPS – Abang Johari
  • SEMASA

Ekonomi Sarawak terus kukuh sebab sokongan kuat rakyat kepada GPS – Abang Johari

Utusan Sarawak 4 months ago

Abang Johari bersama tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan bersama perwakilan Cawangan PBB Zon Utara pada mesyuarat  perwakilan di Miri hari ini.

MIRI: Ekonomi Sarawak terus mengukuh kerana sokongan padu dan kepercayaan rakyat terhadap  Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata presidennya Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Alhamdulillah, berkat sokongan dan kepercayaan rakyat Sarawak terhadap GPS, kita telah melangkah jauh dengan kedudukan ekonomi kita mantap.

“Dari sudut kewangan kita, juruaudit kita telah memberi ‘bil bersih’ kepada Sarawak. Juruaudit yang melihat cara kita menguruskan negeri kita sejak beberapa tahun, kita tidak ada cacat cela.

“Pendapatan kita bertambah, maknanya  kita mengurus dengan bijak. Kita juga antara lima negeri di Malaysia  yang mengeluarkan eksport terbanyak,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan PBB Sarawak Zon Utara di sini hari ini.

Abang Johari yang juga merupakan Premier Sarawak berkata kerajaan negeri juga telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinannya.

Sementara itu, beliau mengingatkan ahli parti bahawa walaupun GPS dan PBB telah mencapai banyak kejayaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka mesti terus berwaspada.

“Kalau namanya kejayaan ini, mungkin ada yang cemburu. Sebab itu, kita mesti berjaga-jaga, kalau kita pandai, bagus…. adalah orang akan cemburu. Mungkin ada yang mahu memecahbelahkan kita, jadi kita mesti berjaga-jaga.

“Kalau PBB kuat, mungkin ada yang tidak mahu PBB kuat, kalau GPS kuat, mungkin ada yang tidak mahu GPS kuat, jadi rancangan kita untuk Sarawak adalah supaya ia menjadi wilayah yang termaju pada 2030.

“Semangat kita mesti fokus dan jagalah kerja kita masing-masing,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kepemimpinan Abang Johari diiktiraf dunia – Awang Tengah
Next: PBB, GPS main peranan menstabilkan politik negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.