Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Edwin bantu SK Batu 36
  • WILAYAH

Edwin bantu SK Batu 36

Utusan Sarawak 2 years ago

SUMBANGAN... Jefri (tujuh, kanan) menyerahkan sumbangan kepada Alas Rambli (lima, kiri) pada majlis yang berlangsung di dewan SK Batu 36, hari ini.

SIBU: Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta menghulurkan sumbangan berjumlah RM3,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 36.

Pegawai Khasnya, Jefri Ngelambai menyerahkan sumbangan tersebut pada majlis yang berlangsung di dewan sekolah tersebut, hari ini.

Sumbangan itu bertujuan bagi menampung perbelanjaan rombongan murid Tahun 6 untuk program beberapa destinasi di bandar Mukah seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Mukah, lawatan ke Muzium ‘Sapan Puluh’ dan Lapangan Terbang Baharu Mukah.

Selain itu, pelajar akan mengadakan Kem Bina Insan dan sukaneka di Kingwood Resort Mukah.

Dalam ucapan ringkasnya, Jefri memohon maaf bagi pihak Edwin kerana tidak dapat hadir pada majlis tersebut.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat meringankan usaha pihak sekolah dalam usaha mencari dana bagi menampung program sekolah.

Sementara itu, Guru Besar SK Batu 36, Alas Rambli merakamkan berbanyak terima kasih kepada Edwin di atas sumbangan tersebut.

Beliau menyatakan, rombongan sekolah akan bertolak pada 7 hingga 8 Februari ini, rombongan akan disertai seramai 51 murid Tahun 6 dengan diawasi oleh enam guru pengiring.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Projek jambatan Batang Saribas siap Ogos 2024
Next: 15 NGO terima dana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.