Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Utara
  • Edwin Banta salur bantuan mangsa banjir
  • Utara

Edwin Banta salur bantuan mangsa banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
SUMBANGAN… Wakil Pusat Khidmat Ahli Parlimen Selangau menyampaikan sumbangan keperluan kepada mangsa banjir di PPS, sebagai usaha memastikan kesejahteraan dan keselesaan mereka sepanjang tempoh pemindahan.

TATAU: Prihatin dengan keperluan mangsa banjir, Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta menyalurkan pelbagai bantuan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan Parlimen Selangau.

Sebanyak 16 gulung tikar getah disumbangkan kepada PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau bagi meningkatkan keselesaan mangsa yang ditempatkan di situ.

Selain itu, tangki air, bekalan air minuman serta keperluan asas lain turut disalurkan ke PPS Dewan Penghulu Balang Sekuau.

Bagi memastikan kebajikan mangsa terus terjaga, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip turut menerima bekalan air minuman dan keperluan lain untuk kegunaan mereka.

Bantuan tersebut disampaikan oleh wakil Pusat Khidmat Ahli Parlimen Selangau, Tony Emat, bersama Kaunselor Binit Madang dan Kaunselor Munan John Andrew.

Inisiatif itu bukan sekadar bantuan, tetapi bukti komitmen kepimpinan setempat dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Usaha pemulihan harus diberi keutamaan
Next: Misi penghantaran bantuan keperluan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.