Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • DUN: Sarawak peruntuk RM636.5 juta pastikan persiapan Sukan SEA 2027 lancar
  • SUKAN

DUN: Sarawak peruntuk RM636.5 juta pastikan persiapan Sukan SEA 2027 lancar

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM636.5 juta bagi memastikan persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 berjalan lancar, profesional dan mengikut jadual ditetapkan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, persiapan bagi Kluster Sarawak kini berada pada landasan tepat termasuk aspek tadbir urus, operasi dan naik taraf kemudahan sukan.

“Sarawak diberi tanggungjawab besar sebagai tuan rumah Majlis Pembukaan Rasmi Sukan SEA 2027 yang dijadual berlangsung pada 18 September 2027 di Stadium Sarawak.

“Persiapan Sukan SEA 2027 bagi Kluster Sarawak kini berjalan teratur dan mengikut garis masa ditetapkan.

“Dengan sokongan serta kerjasama semua pihak, saya yakin Sarawak mampu menjayakan penganjuran temasya ini dengan cemerlang,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 22 jawatankuasa kerja telah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pengelola Tempatan Sukan SEA 2027 bagi menyelaras pelbagai aspek operasi termasuk teknikal, infrastruktur, penginapan, pengangkutan, keselamatan, perubatan, media serta pengurusan sukarelawan.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata kerja naik taraf 11 kemudahan sukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) kini berjalan mengikut jadual.

Kemudahan terlibat ialah Stadium Sarawak, Stadium Perpaduan, Arena Boling Padang, Pusat Latihan Wushu, Pusat Tenis Boling Padang Sarawak, Lapang Sasar Menembak Sarawak, Pusat Skuasy Sarawak, Padang Kriket dan Ragbi, Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Pusat Memanah Sarawak dan Pusat Petanque Sarawak.

Menurutnya, projek naik taraf Stadium Sarawak dijangka siap pada 29 Januari 2027 selepas tempoh pelaksanaan selama 12 bulan.

“Sementara itu, kerja naik taraf dan pengubahsuaian baki 10 kemudahan lain dijangka bermula pada suku kedua 2026.

“Kesemua kemudahan ini disasarkan siap sepenuhnya dan boleh digunakan menjelang suku pertama dan kedua 2027,” katanya.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Tang Jie-Ee Wei mahu cipta legasi seperti Chong Wei
Next: ‘Bayangkan Cristiano Ronaldo datang ke Kuching’ — KCFC ke ACL2 bantu promosi nama Sarawak di pentas antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.