Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Cadangan tubuhkan sekolah perubatan veterinar atasi kekurangan kritikal pakar
  • SEMASA

DUN: Cadangan tubuhkan sekolah perubatan veterinar atasi kekurangan kritikal pakar

Utusan Sarawak 6 months ago
GAMBAR hiasan.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak bercadang untuk menubuhkan Sekolah Perubatan Veterinar di Semenggok bagi menangani kekurangan kritikal pakar veterinar di negeri ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, negeri ini memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 pakar veterinar, termasuk saintis haiwan dan para veterinar menjelang 2030.

Katanya, di Sarawak, hanya terdapat 96 pakar veterinar yang berkhidmat di sektor awam dan swasta setakat ini.

“Kementerian saya, bersama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), sedang bekerjasama dan mengadakan perbincangan untuk memuktamadkan model pengurusan bagi merealisasikan penubuhan Sekolah Perubatan Veterinar.

“Senat UPM telah meluluskan model pengurusan yang dirangka oleh pasukan petugas bagi cadangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Tambah Rundi, perkhidmatan veterinar di Sarawak akan diperkukuh dengan penubuhan sekolah tersebut sekali gus membantu membanteras penyakit zoonotik dan memacu pembangunan industri ternakan yang dianggarkan bernilai RM3 bilion.

Dalam perkembangan lain, Rundi berkata, kementeriannya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sarawak telah membentangkan cadangan penstrukturan semula untuk penambahan 566 jawatan kepada Jawatankuasa Pembangunan Organisasi Sarawak (SODC) yang telah dipersetujui secara prinsip pada 21 Ogos lalu. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Laksana pelbagai usaha, basmi penyakit rabies
Next: DUN: Peratusan kanak-kanak ikut pendidikan tadika catat peningkatan berterusan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.