Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bunut

Facebook
WhatsApp
PASUKAN BOMBA sedang menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran dua rumah di Kampung Bunut, pagi tadi. Foto Bomba Sarawak

MUKAH: Dua rumah struktur tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Bunut, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.23 pagi.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi melaporkan kebakaran melibatkan dua rumah struktur tidak kekal, dengan anggaran keluasan setiap rumah terbakar 100 peratus.

PASUKAN BOMBA sedang menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran dua rumah di Kampung Bunut, pagi tadi. Foto Bomba Sarawak

“Kebakaran berjaya dikawal dan kerja-kerja ‘baik pulih menyeluruh’ sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran, iaitu aliran pertama sepanjang 100 kaki dan aliran kedua 200 kaki, bersama dua nozel serta satu aliran salur bantu mula dengan satu nozel. 

“Sumber air diperoleh daripada pam jentera dan pili bomba berhampiran sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.

Setelah tiada lagi punca api dan keadaan disahkan selamat, operasi tamat pada 11.17 pagi. Tiada mangsa dilaporkan, punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Oleh Akun Giman

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis