Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua remaja lelaki ditangkap dalam Ops Samseng Jalanan
  • JENAYAH

Dua remaja lelaki ditangkap dalam Ops Samseng Jalanan

Utusan Sarawak 6 months ago
DITAHAN… Dua lelaki tempatan masing-masing berumur 15 tahun dan 16 tahun telah ditahan dalam Op Samseng Jalanan.

SIBU: Dua remaja lelaki masing-masing berumur 15 tahun dan 16 tahun ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Taman Permai Jaya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, operasi yang bermula 5.00 petang hingga 10.00 malam Sabtu lalu dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

“Dalam operasi itu, tujuh lelaki tempatan diperiksa dan 10 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan dikenal pasti ialah tiada lesen memandu, ubah suai struktur, ubah suai ekzos, tiada cermin sisi, nombor plat fancy, tiada plat nombor, lesen kenderaan motor tamat tempoh dan eksesori tidak sempurna.

“Turut ditahan, 10 motosikal untuk tujuan dokumentasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkipli justeru menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Tegasnya, ibu bapa juga disarankan supaya sentiasa memantau dan peka dengan aktiviti anak masing-masing agar tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bungkusan ditemui, bukan bom. Seorang lelaki ditahan
Next: Polis terima lapan kes penipuan urusan pembekal barangan libatkan sektor awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.