Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua maut, enam cedera dalam kebakaran pangsapuri di Uiwang, Korea Selatan
  • GLOBAL

Dua maut, enam cedera dalam kebakaran pangsapuri di Uiwang, Korea Selatan

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEBAKARAN pangsapuri di Uiwang, Korea Selatan mengorbankan dua individu manakala enam lagi cedera dalam kejadian pagi tadi. Foto AGENSI

UIWANG (Korea Selatan): Satu kebakaran berlaku di sebuah pangsapuriĀ di Uiwang, selatan Seoul, pada hari ini, mengorbankan dua mangsa dan mencederakan enam yang lain, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kebakaran itu bermula kira-kira 10.30 pagi di tingkat 14 bangunan 20 tingkat, dengan anggota bomba berjaya memadamkan sepenuhnya api sekitar dua jam kemudian.

Seorang lelaki berusia lingkungan 60-an maut selepas terjatuh dari unit kediaman tempat kebakaran bermula, manakala isterinya yang berusia 50-an ditemukan meninggal dunia di dalam rumah mereka. Pihak berkuasa turut menemukan nota yang dipercayai nota bunuh diri di lokasi kejadian.

Kebakaran itu juga menyebabkan enam individu mengalami kecederaan ringan seperti terhidu asap.

Polis dan bomba merancang untuk menyiasat punca sebenar kebakaran serta kematian pasangan itu.- Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Rupee India jatuh terendah berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.